Rabu, 19 Februari 2014

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Foto : <b>Aidil Zafuan</b> Sudah Ada Kekasih Baru? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 04:00 PM PST

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Sebelum ini, nama pemain bola sepak terkenal ini pernah menjadi bualan selepas dilanda kontroversi berhubung kes perceraian dan isu hak penjagaan anak bersama pelakon popular, Rita Rudaini.

Tak cukup dengan kekalahan pasukan bola sepak Malaysia, Aidil turut dihentam oleh peminat-peminat Rita Rudaini yang tidak berpuas hati dengannya. Kontroversi mereka mula reda apabila masing-masing mengambil langkah berdiam diri di laman sosial.

Namun begitu, baru-baru ini di laman Instagram Aidil, atlit negara ini dilihat kerap berkongsi beberapa keping fotonya bersama seorang wanita. Wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal itu sebelum ini pernah didakwa sebagai punca rumah tangga Aidil dan Rita retak.

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Menerusi laman sosial Aidil, keduanya kelihatan selesa dan tidak kekok mengambil gambar bersama.

Walaupun Aidil tidak menulis sebarang caption di foto-foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikutnya telah mula menghidu kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Melalui respon peminat di ruang komen pula, pemain bola sepak itu tidak teragak-agak untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan padanya dan Zarema. Adakah ini satu tanda bahawa Aidil mengiakan hubungan mereka?

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Antara komen-komen Aidil Zafuan bersama pengikut Instagram-nya

Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto selepas ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Aidil Zafuan pernah bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.

<b>Aidil Zafuan</b> nafi gagal sedia nafkah – Perak Today

Posted: 05 Dec 2013 07:26 AM PST

aidil

PETALING JAYA- Pemain bola sepak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak,26, menafikan dia cuai dan gagal menyediakan nafkah untuk bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 37, serta dua anak lelaki mereka.

Aidil Zafuan yang kini mewakili pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, di dalam keterangan bertulisnya berkata sepanjang tempoh anak-anaknya tinggal bersama Rita Rudaini selaku plaintif sejak Januari 2012, dia memasukkan wang melalui akaun Maybank pelakon itu.

"Pada awalnya saya ada mengirimkan cek berjumlah RM3,000 yang diposkan secara pos berdaftar di alamat tempat tinggal plaintif di Kota Damansara, Petaling Jaya namun ia tidak dituntut dan cek dikembalikan," katanya.

Bagaimanapun selepas mendapat nombor akaun Maybank Rita Rudaini, Aidil Zafuan berkata dia memasukkan duit nafkah ke dalam akaun plaintif. Selain itu Aidil  Zafuan mendakwa  plaintif sering menafikan haknya sebagai bapa untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Beliau selaku defendan berkata demikian pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.

Rita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anaknya,  merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

-Sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved