Khamis, 13 Februari 2014

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Mengaku Tidak Bayar Sewa Rumah | Oh! Artis

Posted: 16 Jan 2014 08:06 PM PST

ohartis-rita-aidil-bercerai-melalui-sms-3

Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak semalam mengakui di dalam Mahkamah Rendah Syariah bahawa dia tidak memjelaskan bayaran sewa rumah sebanyak RM3000 sebulan semenjak keluar dari rumah kelaminnya bersama bekas isteri, Rita Rudaini sejak dua tahun lalu.

Menurut Aidil, bayaran rumah sewa yang terletak di Kota Damansara yang didududki oleh Rita dan dua anaknya telah dijelaskan oleh bekas isterinya itu selama 18 bulan sehinggalah mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Aidil juga menarik balik keterangan yang pernah dibuat sebelum ini yang dia tidak pernah culas membayar nafkah kepada Rita Rudaini dan anak-anaknya setelah perkara itu dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini.

"Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah.

"Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat," katanya.

Aidil Zafuan berkata, beliau ada memaklumkan dan mengajak plaintif tinggal bersamanya di rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1, Subang Jaya, namun mendakwa Rita Rudaini enggan.

"Plaintif memberi alasan bahawa rumah itu bukan rumah kelamin kami,"katanya.

Aidil Zafuan berkata, berkenaan dengan peruntukan perbelanjaan anak-anaknya, dia tidak pernah menetapkan jumlahnya namun menganggarkan sekitar RM700 sebulan mengikut keperluan.

"Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,"katanya yang juga memperuntukkan RM500 untuk pakaian anak-anaknya.

Ketika ditanya Mohd Zaidi mengenai perbelanjaan lain selain keperluan anak-anaknya, Aidil Zafuan berkata:

"Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,"katanya.

Berkenaan dengan gaji yang diperoleh, Aidil Zafuan menyatakan dia menerima pendapatan bersih RM12,000 ketika berkhidmat bersama pasukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.

"Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,"katanya.

Beliau berkata, sebagai pemain bola sepak, dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan," katanya.

Prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah dan ditangguhkan sehingga 31 Mac depan.

BACA: "Tuntutan Nafkah RM5,392 Rita Rudaini Tidak Munasabah" – Aidil Zafuan

Sebelum ini, Aidil pernah mengeluarkan kenyataan tentang tuntutan nafkah yang tidak masuk akal oleh Rita Rudaini yang berjumlah RM5,392 sebulan untuk dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

OHMEDIA: TAK HABIS-HABIS ISU MEREKA BERDUA NI. SEMOGA SEGALANYA DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BAIK.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved