Aidil Zafuan - Google Blog Search |
<b>Aidil Zafuan</b> Ceraikan Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS | Posted: 04 Aug 2013 05:59 PM PDT Pagi ini, rangkaian berita radio Malaysia telah melaporkan yang Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak dapat dipastikan mengapa Aidil membuat keputusan drastik tersebut, namun ramai juga yang membantah tindakan Aidil, apatah lagi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya. Spekulasi di Internet tersebar luas yang ia ada kaitan dengan hubungan Aidil dengan seorang wanita yang juga dikatakan teman wanitanya, Zarema Zainal. Sebelum ini, lebih dari setahun lepas iaitu sekitar Mei 2012, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai namun Rita tidak bersetuju. Pada masa itu, Rita yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.
Aidil sebelum ini didedahkan oleh Rita mejalin hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu, yang dinafikan oleh Aidil. Diharap Rita dapat bersabar dengan dugaan ini kerana apa pun, hidup perlu diteruskan demi anak-anak. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berkenaan perceraian ini dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Aidil Zafuan</b> Cerai Rita Rudaini Talak Satu Menerusi SMS <b>...</b> - Rotikaya Posted: 04 Aug 2013 05:44 PM PDT Berita ini belum dapat disahkan dari sumber sumber yang sahih tetapi laman hiburan popular Beautiful Nara menulis stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil Zafuan sudah melafazkan cerai. Aidil Zafuan atau nama sebenar Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak di'laporkan telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak pula di'nyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah. Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema. "Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil," ujar Rita Rudaini. "Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya" Adakah Aidil Zafuan ambil keputusan nekad untuk bercerai ekoran luahan rasa Rita Rudaini di akhbar semalam? |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan