Isnin, 5 Ogos 2013

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


HOT!! Kejutan Ambang Hari Raya: Respon Rita Rudaini Kontroversi <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2013 12:00 AM PDT


 Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerima kejutan terbesar di penghujung Ramadhan apabila Aidil Zafuan bertindak secara drastik menceraikannya talak satu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) petang Ahad sebelum waktu berbuka puasa.

Kesahihan cerita ini disahkan sendiri oleh Rita Rudaini yang mengaku ada menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka.

Pelakon drama bersiri Sehangat Asmara itu turut mendedahkan, salah satu kandungan SMS yang diterima dari suaminya adalah berbunyi "Aku ceraikan kau talak satu".

Wartawan Berita Harian kemudiannya menghubungi Rita untuk mendapatkan responnya berkenaan tindakan mengejut pemain bolasepak kebangsaan itu. Berikut ialah antara respon ibu kepada Rayyan Rizqin dan Rafqa Arjuna.

"Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS." 

"Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya."

"Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah." 

<b>Aidil Zafuan</b> Cerai Rita Guna SMS ~ relevan sokmo

Posted: 04 Aug 2013 09:00 PM PDT

Rita Rudaini bersama dua anaknya.

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.

Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.

Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

Sumber mStar Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved