Aidil Zafuan - Google Blog Search |
Sikap <b>Aidil Zafuan</b> Ditegur Hakim Syarie | OHBULAN! Posted: 03 Oct 2012 08:59 PM PDT Pada tanggal 3 Oktober 2012 semalam, pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal yang dibuat oleh pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak. Berhubung laporan Sinar Harian Online hari ini, bantahan yang dibangkitkan oleh Rita adalah mengenai kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut. Sewaktu perbicaraan berlangsung, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari sebagai wakil pihak Aidil memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir dan beliau kemudiannya menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil kepada mahkamah. Aidil difahamkan tidak dapat hadir kerana dia sedang menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria. Berikutan penyerahan dokumen tersebut, Ahmad Nazib ditegur oleh Hakim Syarie Saharuddin Selamat agar menasihatkan anak guamnya berhubung kes tersebut.
|
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan