Aidil Zafuan - Google Blog Search |
<b>Aidil Zafuan</b> Kalah, Rita Rudaini Dapat Hak Penjagaan Anak <b>...</b> Posted: 25 Sep 2012 08:10 PM PDT Sehari terlambat, bukan bermaksud kami tak berminat. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada pelakon, Rita Rudaini kerana akhirnya berjaya membuktikan yang dirinya benar. Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa permohonan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan kedua anak (hadanah) hasil perkongsian bersama Rita Rudaini , dibatalkan. Faktor utama permohonan Aidil Zafuan ditolak adalah kerana pemain bolasepak ini gagal membuktikan dan memberikan alamat khusus samada dia menetap di Subang Jaya atau tidak. "Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif." – Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar Aidil turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos kepada Rita sebanyak RM3,000. Menurut peguam syarie yang mewakili Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, bantahan awal anak guamnya terhadap Aidil adalah disebabkan isu tempat tinggal. Rita memberitahu kepadanya bahawa Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah mereka di Damansara ketika memfailkan hak penjagaan anak sedangkan pada ketika itu, Aidil sudah meninggalkan rumah. Apa yang pasti, Rita Rudaini benar-benar gembira dan memanjatkan rasa bersyukurnya pada Tuhan selesai sahaja perbicaraan mereka mengenai tuntutan hadanah oleh Aidil Zafuan, semalam. "Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kebenaran telah terbukti." Untuk pengetahuan, Rita & Aidil dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan. Sumber : Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan