Rabu, 16 Mei 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>AIDIL ZAFUAN</b> BATAL TUNTUTAN CERAI

Posted: 16 May 2012 04:05 AM PDT

Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di'failkan minggu lalu.

Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri'nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.


"Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami," ujar Aidil Zafuan di luar dewan.
Di'tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di'rumah yang di'berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang. -Kredit berita dan gambar kepada rotikaya.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved