Aidil Zafuan - Google Blog Search |
hak jaga anak - <b>aidil zafuan</b> hadir proses sulh - myartis.com Posted: 18 Dec 2012 09:38 PM PST Setelah tewas pusingan awal iaitu kes kembali taat (nusyuz) dan disaman kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, Negeri Sembilan, semalam, bagi proses sulh hak penjagaan dua anak lelakinya. Dalam laporan akhbar, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, proses sulh hari pertama hanya membabitkannya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, manakala isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 33, tidak dapat hadir saat akhir. "Proses sulh bertujuan mencari jalan penyelesaian antara pasangan suami isteri itu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat keadilan. "Tuntutan hak penjagaan anak ini boleh dilakukan walaupun pasangan tidak bercerai," katanya. Pada 15 Mei lalu, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula. Terdahulu pada 13 Disember lalu, Rita Rudaini turut memfailkan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, Petaling Jaya, Selangor. |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan