Isnin, 5 Mei 2014

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Rita Rudaini: <b>Aidil Zafuan</b> Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 05:23 PM PDT

Baru baru ini dalam satu kenyataan kepada mahkamah, Aidil Zafuan telah mengakui yang beliau hanya mampu memberikan RM2,000 kepada Rita Rudaini sebagai nafkah buat anak anak mereka dan kenyataan ini menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.

BACA: Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan

Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Rita Rudaini mengakui sebak apabila mendengar kenyataan bekas suaminya itu dan berkata Aidil Zafuan tidak sepatutnya berkira dengan jumlah perbelanjaan anak anak lebih lebih lagi di zaman sekarang.

"Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa"

"Dia tidak sepatutnya berkira dnegan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu," kata Rita Rudaini.

Rita Rudaini menambah yang beliau sendiri mampu memberikan kehidupan yang selesa buat anak anak mereka namun tidak mahu Aidil Zafuan melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa. (rtky/m)


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved