Jumaat, 23 Mei 2014

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Aidil Zafuan</b> & Zarema Zainal Kini Sah Suami Isteri |

Posted: 13 Mar 2014 09:04 PM PDT


Jutaan tahniah diucapkan kepada Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah pun sah sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung pagi tadi. Aidil yang kelihatan kacak bergaya dalam persalinan pengantin serba putih dengan tenangnya telah melafazkan akad nikah sekali sahaja. Tahniah diucapkan buat anda berdua.

gambar nikah aidil zarema

Di bawah ialah video akad nikah Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah dikongsikan oleh Nedim Nazri:-

Semoga berbahagia ke akhir hayat buat Aidil dan Zarema. Tahniah!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Selebriti Sekitar Perkahwinan <b>Aidil Zafuan</b>, Zarema Zainal | ROTIKAYA

Posted: 16 Mar 2014 06:38 PM PDT

Nampak kami letakkan selebriti di hadapan nama Aidil Zafuan & juga Zarema Zainal kerana mereka berdua masih belum masuk senarai selebriti dalam buku kami. Heh. Namun tidak mengapa, anda semua pasti tetap mahu melihat gambar perkahwinan mereka.

Aidil Zafuan yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.50 pagi pada Jumaat yang lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang. Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Menariknya, Nora Danish dan kekasihnya Nedim Nazi dilihat menjadi mereka yang agak penting dalam majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan mereka sepanjang hujung minggu lalu dengan tampil menjadi salah seorang pembawa dulang dan juga pengapit (?).

Resepsi perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah diadakan semalam yang turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Awal Ashaari, Scha al-Yahya dan Fizo Omar selain turut mengundang penyanyi Indonesia, Afgan untuk menghiburkan hadirin.

Terima kasih internet untuk semua gambar yang kami temui di'bawah dan juga terima kasih kepada jurugambar yang mengambil gambar sekitar perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Ismail. Terlalu ramai untuk kami sebutkan nama. Terima kasih kali sejuta. Enjoice!


(VIDEO)Teaser Majlis Perkahwinan <b>Aidil Zafuan</b> Dan Zarema Zainal |

Posted: 02 Mar 2014 03:48 PM PST


Pada 14 Mac ini, akan berlangsung majlis perkahwinan ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal atau nama penuhnya, Zarema Dato' Haji Zakaria,  di kediaman Zarema di Pelabuhan Kelang, Selangor.

Bersempena dengan majlis perkahwinan mereka, satu video teaser telah dihasilkan oleh Moment This Production. Video itu berjudul "Bola dan Dia".

Untuk makluman anda juga, Aidil telah berjumpa dengan dua orang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu beberapa hari lepas.

Gambar pertemuan Aidil dan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna,3, telah dimuat naik oleh Aidil ke laman Instagramnya dengan kapsyen:-

My kids, my everything. Daddy loves both of you sons!

Video teaser perkahwinan mereka boleh disaksikan di bawah. Bersama kita doakan agar majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved