Ahad, 5 Januari 2014

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Bakal Nikahi Zarema Mac 2014 | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 07:06 AM PST

Aidil Zafuan Bakal Nikahi Zarema Mac 2014

Setelah perkahwinannya bersama Rita Rudaini berakhir, kini kita dikejutkan pula dengan berita mengatakan Aidil Zafuan bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan.

Artikel Berkaitan :

Biarpun pemain bola sepak mengiyakan soalan yang ditanya, namun sudah ramai yang membuat spekulasi mengatakan Zarema Zainal bakal menjadi pengganti Rita Rudaini.

Aidil Zafuan Bakal Nikahi Zarema Mac 2014

Zarema Zainal

Menurut laporan Media Hiburan, Aidil dipercayai bakal mengahwini Zarema pada bulan Mac 2014 dimana sumber turut memberitahu Aidil akan mengedar kad kahwinnya tidak lama lagi.

"Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput.  Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,"

Jika benar Aidil bakal menikahi Zarema tahun hadapan, kami doakan semoga perkahwinan kali ini kekal sehingga akhir hayat. Mari tengok foto-foto jelita Zarema Zainal selepas ini.

Foto : <b>Aidil Zafuan</b> Sudah Ada Kekasih Baru? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 04:00 PM PST

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Sebelum ini, nama pemain bola sepak terkenal ini pernah menjadi bualan selepas dilanda kontroversi berhubung kes perceraian dan isu hak penjagaan anak bersama pelakon popular, Rita Rudaini.

Tak cukup dengan kekalahan pasukan bola sepak Malaysia, Aidil turut dihentam oleh peminat-peminat Rita Rudaini yang tidak berpuas hati dengannya. Kontroversi mereka mula reda apabila masing-masing mengambil langkah berdiam diri di laman sosial.

Namun begitu, baru-baru ini di laman Instagram Aidil, atlit negara ini dilihat kerap berkongsi beberapa keping fotonya bersama seorang wanita. Wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal itu sebelum ini pernah didakwa sebagai punca rumah tangga Aidil dan Rita retak.

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Menerusi laman sosial Aidil, keduanya kelihatan selesa dan tidak kekok mengambil gambar bersama.

Walaupun Aidil tidak menulis sebarang caption di foto-foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikutnya telah mula menghidu kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Melalui respon peminat di ruang komen pula, pemain bola sepak itu tidak teragak-agak untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan padanya dan Zarema. Adakah ini satu tanda bahawa Aidil mengiakan hubungan mereka?

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?

Antara komen-komen Aidil Zafuan bersama pengikut Instagram-nya

Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto selepas ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Aidil Zafuan pernah bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved