Aidil Zafuan - Google Blog Search |
Dapat Restu Keluarga, <b>Aidil Zafuan</b> Kahwini Zarema Zainal Mac Ini | Posted: 16 Jan 2014 11:09 PM PST Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Tidak mahu perkara yang lama berulang kembali, kali ini keluarga telah pun merestui perhubungan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Menurut perancangan, mereka berdua bakal diijabkabulkan pada Mac ini. Apa pun yang penting, Aidil mengambil langkah bijak untuk mendapatkan restu terlebih dahulu sebelum berkahwin buat kali kedua. Bagi Abang Nara, perkara yang lepas biarlah lepas. Tak perlu diungkit lagi. Setiap orang ada hak untuk bahagia. Jadikan pengajaran apa yang telah berlaku. Kata Aidil kepada Mstar Online:-
Betul kata Aidil itu. Pengalaman lepas jadikan panduan untuk mengharungi kehidupan seterusnya. What past is past. Amboi "speaking" pulak Abang Nara. Tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema atas berita gembira ini. Apa pun nasihat Abang Nara buat Aidil, jangan dilupa tanggungjawab anda terhadap 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Rita Rudaini. Tahniah sekali lagi!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Aidil Zafuan</b> Mengaku Tidak Bayar Sewa Rumah | Oh! Artis Posted: 16 Jan 2014 08:06 PM PST Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak semalam mengakui di dalam Mahkamah Rendah Syariah bahawa dia tidak memjelaskan bayaran sewa rumah sebanyak RM3000 sebulan semenjak keluar dari rumah kelaminnya bersama bekas isteri, Rita Rudaini sejak dua tahun lalu. Menurut Aidil, bayaran rumah sewa yang terletak di Kota Damansara yang didududki oleh Rita dan dua anaknya telah dijelaskan oleh bekas isterinya itu selama 18 bulan sehinggalah mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu. Aidil juga menarik balik keterangan yang pernah dibuat sebelum ini yang dia tidak pernah culas membayar nafkah kepada Rita Rudaini dan anak-anaknya setelah perkara itu dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini.
Aidil Zafuan berkata, beliau ada memaklumkan dan mengajak plaintif tinggal bersamanya di rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1, Subang Jaya, namun mendakwa Rita Rudaini enggan.
Aidil Zafuan berkata, berkenaan dengan peruntukan perbelanjaan anak-anaknya, dia tidak pernah menetapkan jumlahnya namun menganggarkan sekitar RM700 sebulan mengikut keperluan.
Ketika ditanya Mohd Zaidi mengenai perbelanjaan lain selain keperluan anak-anaknya, Aidil Zafuan berkata:
Berkenaan dengan gaji yang diperoleh, Aidil Zafuan menyatakan dia menerima pendapatan bersih RM12,000 ketika berkhidmat bersama pasukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.
Beliau berkata, sebagai pemain bola sepak, dia tidak mempunyai pendapatan tetap.
Prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah dan ditangguhkan sehingga 31 Mac depan. Sebelum ini, Aidil pernah mengeluarkan kenyataan tentang tuntutan nafkah yang tidak masuk akal oleh Rita Rudaini yang berjumlah RM5,392 sebulan untuk dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang. OHMEDIA: TAK HABIS-HABIS ISU MEREKA BERDUA NI. SEMOGA SEGALANYA DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BAIK. |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan