Aidil Zafuan - Google Blog Search |
<b>Aidil Zafuan</b> Mula Kongsi Gambar Bersama Zarema Zainal | Posted: 02 Dec 2013 08:51 PM PST Setelah selesai kes penceraiannya dengan Rita Rudaini, nampaknya Aidil Zafuan sudah mula "move on" dengan kehidupannya. Ini dapat dilihat apabila Aidil telah berkongsi gambarnya dengan seorang wanita yang dipercayai Zarema Zainal. Sebelum ini Zarema didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aidil dan Rita Rudaini dan pernah mendapat liputan meluas menerusi suratkhabar tempatan. Sekali pandang kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Aidil dan Zarema juga dilihat telah menghadiri majlis sambutan hari jadi Nedim Nazri bersama-sama. Nampak gayanya Aidil tidak lagi menyembunyikan hubungannya dengan Zarema. Satu langkah yang bijak pada pandangan Abang Nara. Secara umum masih tidak diketahui lagi sejauh mana hubungan mereka berdua. Adakah sekadar kawan atau sudah pun bergelar pasangan kekasih. Apa pun marilah kita doakan yang terbaik buat Aidil dan Zarema. Kalau memang bercinta, bolehlah segerakan perkahwinan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Gambar <b>Aidil Zafuan</b> dan Zarema Zainal di Majlis Hari Jadi anak <b>...</b> Posted: 01 Dec 2013 06:42 AM PST Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Hari Jadi - Majlis sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri yang memasuki usia dua tahun begitu meriah sekali kerana turut dihadiri oleh Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa rakan selebriti lain. Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi. Majlis sambutan itu diadakan di rumah keluarga Nedim Nazri dan berlangsung secara santai dengan beberapa acara menarik termasuk menaiki keretapi mainan, Catch A Fist, Sticky Ball dan banyak lagi. Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri, kehadiran pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal ke majlis berkenaan mencuri tumpuan admin dan rakan blogger lain. Apa tidaknya, mereka sebelum ini pernah dikaitkan sedang hangat bercinta sehingga menjadi punca utama kepada penceraian pemain bola sepak kebangsaan itu dan bekas isterinya, Rita Rudaini. Mungkinkah kehadiran mereka ini memberitahu secara tidak langsung kepada umum bahawa mereka kini bercinta? Sukar untuk membuat tanggapan terlalu awal ketika ini memandangkan mereka tidak pernah dilihat datang secara berdua dan bersama ke mana-mana majlis lepas. Apapun, mari layan beberapa keping gambar mereka berdua di Majlis Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri. |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan