Aidil Zafuan - Google Blog Search |
"Saya Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Rita" - <b>Aidil Zafuan</b> <b>...</b> Posted: 18 Aug 2013 08:35 PM PDT Semalam, kecoh lagi kisah rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berikutan kenyataan yang dikeluakan Rita di media, sehingga mengundang serangan balas kenyataan dari Zaquan Adha yang juga kembar Aidil di Twitter miliknya. Terlalu banyak kenyataan yang dihamburkan oleh Rita tetapi Aidil hanya diam membisu. Namun, akibat sudah tidak tahan lagi diasak dengan serangan yang bertubi-tubi keatasnya dan keluarga, Aidil tampil meluahkan segalanya. Mengulas segala tuduhan Rita terhadapnya, Aidil mendakwa Rita berbohong ketika memberikan kenyataan di media. Tuduhan Rita bahawa dia tidak memberi nafkah kepada anak-anaknya adalah tidak benar. Menurut Aidil, dia sentiasa memberikan nafkah kepada anak-anaknya tetapi Rita yang sering merungut kerana menganggap nafkah yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka. Aidil juga turut memberitahu, Rita hanya berkata benar ketika berada di dalam Mahkamah tetapi tidak ketika mengeluarkan kenyataan di media semata-mata untuk memburukkannya.
Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil
Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. OHARTIS: OH! BILA LA NAK SETTLE KES DIORANG NIH?!! |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan