Kontroversi yang melanda pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini sememangnya hangat. Kisah mereka menjadi perbualan seluruh genap masyarakat. Ada yang menyokong Rita, ada yang menyebelahi Aidil dan ada juga yang menyalahkan kedua-dua belah pihak.
Terbaru, Abang Nara menerima kiriman email daripada seorang pembaca BeautifulNara. Di dalam email tersebut, si pengirim menulis satu surat panjang lebar khas buat Aidil dan Rita. Agak menarik suratnya untuk dikongsikan bersama anda semua. Antara petikan surat tersebut ialah:-
Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca surat terbuka daripada peminat buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.
Saya ni bukanlah minat dunia hiburan. Tapi disebabkan cerita Kak Rita & Abg Aidil asyik terpampang di media maka secara tak langsung terbaca dan terikutlah story kamu berdua.
Nak kata pihak mana yg salah atau yg betul…Allah sahaja yg tahu…dan mereka sahaja yg tahu…tapi seringkali yg terbaca di media Kak Rita yg selalu mengeluarkan statement terhadap pihak lelaki. 100% keburukan yg diceritakan terhadap bekas suami malah seluruh keluarganya.
Tak ada langsungkah kebaikan lelaki yg pernah Rita cintai tu terhadap Rita. Sekelumit pun tak ada ke? Atau baik sangat ke Rita ni ?…langsung tak ada kesalahan atau kesilapan yg pernah Rita buat ke?
Tak adalah nak cakap sape baik sapa jahat….tapi kekadang cara kita bercakap tu secara langsung menunjukkan sikap kita yg sebenar…
Masyaallah….sebelum kite cakap seseorang itu cetek agama ..jahil agama…cuba kita muhasabah diri. Tengok diri kita.
Kite cakap org tu adalah cerminan didikan agama parent die. Mcm mana dgn kita? Sikap kita…Tingkahlaku, Hati,Dendam, sombong dan ego kite ?
Aurat kita? Pakaian Kita? Adakah ini didikan parents Kak Rita juga…yg mana saya faham secara asasnya seseorang yg ketika berstatus isteri sedang berlakon berpegangan tangan dgn lelaki bukan muhrim…berdosa. Apatah lagi aurat wanita.
Apakah parents Kak Rita tidak mendidik perkara asas-asas agama seperti ini? Soalan-soalan inilah akan ditanya balik oleh masyarakat kepada Kak Rita.
Tidakkah persoalan itu akan terpantul balik kepada diri sendiri? Masyarakat akan baca statement ini dan membuat penilaian dan perbandingan kpd kak Rita juga.
Saya pun wanita..dan saya pun faham dan terkesan dgn apa yg berlaku dan apa yg menimpa kak Rita. Tapi apa yg sering terpampang di dada media hanya statement statement yg mengaibkan. Tetapi bukan usaha usaha ke arah kebaikan.Itu yg sangat terkilan. Maruah wanita dan menantu sedikit tercemar walaupun tak semua mcm Kak Rita.
Mintak maaf Kak Rita atas teguran ini…tapi pada pandangan mata kasar saya …Kak Rita perlu turunkan sikit ego & dendam perasaan. SIfat dendam tu seolah-olah dah terpancar di wajah kak Rita..tidak seperti dulu yg lembut dan ayu.
Dan janganlah sesekali memutuskan SILATURRAHIM antara anak dan bapanya. Besar dosa yg akan ditanggung. Apa-apa pun yg berlaku Kak Rita dan Aidil tetap ibu bapa kpd anak-anak. Didiklah mereka dengan didikan AGAMA yg sempurna.
Jgn sampai tindakan kita menjadi cerminan didikan yg cetek kpd anak-anak kita pula. Tunjuk CERMIN kalian pula terhadap anak-anak.
Kalau kita ajar dan tunjuk perkara yg baik kpd anak-anak..maka kite sbg ibu dan ayah akan dapat ganjaran pahala yg besar. Kebaikan itu akan dtg balik kpd kita. Allah kan ada. DIA maha Adil.
Akhir kata, walaupun pasangan ini dah bercerai…dari lubuk hati saya , sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati Kak Rita dan Aidil untuk berdamai tidak sbg suami isteri pun…..sbg sahabat pun dah ok….dan tidak mengaibkan sesama sendiri…Demi anak-anak.
Saya percaya perasaan cinta yg pernah lahir diantara kamu berdua masih ada 0.01% di hati masing..masing. Mesti ada walau sekelumit kuman. Cuma disebabkan tekanan pelbagai sudut menyebabkan perkara ini berlaku.
Ini dikatakan dugaan yg diberikan Allah. Tapi jgnlah kita menyalahkan takdir pula. Ada hikmah disebalik segala kejadian. Berusaha untuk menjadi lebih baik adalah lebih mulia drp menunjukkan aib dan keburukan.
Moga-moga kamu berdua diberi petunjuk dan hidayah. Muhasabah diri. BERISTIGHFAR.
Yg penting jgn lupakan Allah. Banyakkan berdoa. Bukan memburukkan sesama kita. Jaga Tingkahlaku..Jaga Solat. Mengadu padaNya. Minta yg baik-baik. Buang perasaan dan perkara yg jahat-jahat.
Demi perkembangan rohani anak-anak. Sayangkan anak-anak. Jaga Silaturrahim. Minta dijauhkan anak-anak buat perkara yg sama. Sebab mereka memerhati tindakan kita.
Dan masyarakat menjadi saksi ke atas cerita-cerita yg telah berlaku. Nanti anak-anak bila membesar…sekurang-kurangnya bile masyarakat bercerita pasal ibu ayah mereka….hanya cerita pasal kebaikan bukan yg mengaibkan.
Mana tahu kan. Jodohkan rahsia Allah. Kot-kot jadi mcm Hattan dan Isterinya tuuu..walaupun dah 10 tahun tapi masih ada jodoh mereka. Semoga Allah memberkati dan melembutkan hati kalian berdua.
Amin. Assalamualaikum.