Jumaat, 2 Ogos 2013

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Tidak Beraksi di Final Piala FA. | Sukan - KLpos.com

Posted: 25 Jun 2013 09:23 PM PDT

alt

 

PETALING JAYA  26 Jun - Johor Darul Takzim (Johor DT) terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan mereka, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini memutuskan untuk menggantung pemain berkenaan sebanyak dua perlawanan, sekaligus memusnahkan harapan Johor DT untuk menurunkan pemain itu pada aksi final Piala FA nanti.

Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya tidak boleh meminda keputusan pengadil yang melayangkan kad merah ke atas pemain berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan dan Kod Tatatertib FAM.

"Di bawah kesalahan 35.3 (2) peraturan itu, mana-mana pemain yang dikenakan dua kad kuning akan dikenakan penggantungan satu perlawanan.

"Namun dalam kes Mohd Aidil Zafuan ini, beliau dikenakan kad merah terus dan bukannya dua kad kuning, jadi secara automatiknya, beliau digantung dua perlawanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Mohd Aidil Zafuan yang merupakan pemain pertahanan kebangsaan, dilayangkan kad merah oleh pengadil Zamzaidi Katimin kerana melakukan terjahan keras menggunakan kedua-dua belah kakinya ke atas pertahanan Lions XII FC Irwan Shah Arismail pada aksi Liga Super di Singapura, Sabtu lepas.

Taufik berkata prosedur yang sama turut digunapakai ke atas penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James yang menerima dua kad kuning ketika aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Jumaat lepas.

Dalam perkembangan berasingan, Taufik berkata pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi digantung selama tiga bulan dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah menanduk dada pengadil pada aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 11 Mei lepas.

Satu lagi kesalahan melibatkan pemain berkenaan ialah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pengadil selepas diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

"Berdasarkan peraturan asal, kita sepatutnya mengenakan penggantungan enam bulan daripada bermain selain didenda RM5,000, namun kerana bersimpati dengan pemain berkenaan, kita bersetuju untuk mengurangkan hukuman kepada penggantungan selama tiga bulan, denda kekal RM5,000.

"Hukuman tersebut akan bermula dari tarikh beliau menerima surat daripada FAM dan hukuman itu tidak boleh dirayu kerana ia adalah minimum," katanya.

Last Updated on Wednesday, 26 June 2013 12:23

Rita Rudaini Terima <b>Aidil Zafuan</b> Sebagai Suami Jika Jodoh Masih <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2013 07:06 PM PDT

Sedar atau tidak, masalah rumahtangga antara Rita Rudaini & Aidil Zafuan ini sebenarnya sudah berlarutan hampir tiga tahun dan sekarang ini tiada sebarang tanda ianya akan usai dengan lebih cepat.

Menerusi laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata walaupun hatinya terhadap pemain bola sepak pasukan JDT itu kini sudah kosong beliau reda andai ditakdirkan jodoh mereka masih kuat.

"Saya sudah malas untuk fikir mengenani masalah rumahtangga kami. Lebih baik saya fikir bagaimana hendak mencari duit untuk anak, besarkan mereka & memikirkan pendidikan mereka"

"Saya bahagia walaupun solo. Bagaimanapun jika ditakdirkan jodoh saya dengan Aidil masih kuat, saya reda. Saya melihat kematian peguam Aidil pada Mei lalu seperti petanda mahu melengahkan proses penceraian kami. Siapa tahu, mungkin Allah mahu kami berbaik kembali"

"Jika itu terjadi, saya terima dengan hati terbuka. Walaupun perasaan sayang terhadap Aidil sudah tiada, sakan akan kembali cuba untuk pupuk kembali rasa sayang kepadanya," tambah Rita Rudaini lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved