Aidil Zafuan - Google Blog Search |
<b>Aidil Zafuan</b> tidak beraksi final Piala FA Sabtu ini ABN News | BM Posted: 25 Jun 2013 07:51 AM PDT PETALING JAYA – Johor Darul Takzim (Johor DT) terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan mereka, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini memutuskan untuk menggantung pemain berkenaan sebanyak dua perlawanan, sekaligus memusnahkan harapan Johor DT untuk menurunkan pemain itu pada aksi final Piala FA nanti. Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya tidak boleh meminda keputusan pengadil yang melayangkan kad merah ke atas pemain berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan dan Kod Tatatertib FAM. "Di bawah kesalahan 35.3 (2) peraturan itu, mana-mana pemain yang dikenakan dua kad kuning akan dikenakan penggantungan satu perlawanan. "Namun dalam kes Mohd Aidil Zafuan ini, beliau dikenakan kad merah terus dan bukannya dua kad kuning, jadi secara automatiknya, beliau digantung dua perlawanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Mohd Aidil Zafuan yang merupakan pemain pertahanan kebangsaan, dilayangkan kad merah oleh pengadil Zamzaidi Katimin kerana melakukan terjahan keras menggunakan kedua-dua belah kakinya ke atas pertahanan Lions XII FC Irwan Shah Arismail pada aksi Liga Super di Singapura, Sabtu lepas. Taufik berkata prosedur yang sama turut digunapakai ke atas penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James yang menerima dua kad kuning ketika aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Jumaat lepas. Dalam perkembangan berasingan, Taufik berkata pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi digantung selama tiga bulan dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah menanduk dada pengadil pada aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 11 Mei lepas. Satu lagi kesalahan melibatkan pemain berkenaan ialah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pengadil selepas diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua. "Berdasarkan peraturan asal, kita sepatutnya mengenakan penggantungan enam bulan daripada bermain selain didenda RM5,000, namun kerana bersimpati dengan pemain berkenaan, kita bersetuju untuk mengurangkan hukuman kepada penggantungan selama tiga bulan, denda kekal RM5,000. "Hukuman tersebut akan bermula dari tarikh beliau menerima surat daripada FAM dan hukuman itu tidak boleh dirayu kerana ia adalah minimum," katanya. – Bernama |
Rayuan ditolak, <b>Aidil Zafuan</b> gagal 'kembali' – Perak Today Posted: 25 Jun 2013 04:07 PM PDT PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menolak rayuan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung kes pemain pertahannya, Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah ketika berdepan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, penolakan kes Aidil berdasarkan kesalahan di bawah Perkara 35.3 (2) mengenai pergantungan secara automatik pemain yang dilayangkan kad kuning mahupun merah. Sehubungan itu katanya, pihak FAM secara langsung tidak mempunyai bidang kuasa untuk meminda hukuman yang telah dijatuhkan oleh pengadil perlawanan. "Layangan kad kuning dan kad merah adalah keputusan pengadil. Mana-mana pemain dilayangkan dua kad kuning digantung satu perlawanan namun bagi kad merah yang dilayangkan secara terus digantung dua perlawanan. "Peraturan ini diguna pakai di mana-mana liga seluruh dunia, cuma masalah yang berlaku ada sesetengah liga penggantungan dua perlawanan tidak melibatkan perlawanan kalah mati. "Namun dalam Kod Tatatertib FAM menjelaskan, mana-mana pemain yang bermain dalam Liga Malaysia seandainya dilayangkan dua kad kuning dan kad merah tidak boleh beraksi dalam saingan liga dan juga perlawanan kalah mati. "Bagi kes Aidil ini ia jelas di mana keputusan diambil tertakluk di bawah Perkara 35.3(2) dan FAM mengambil keputusan menolak rayuan tersebut serta hukuman gantung dua perlawanan kekal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tatatertib di Wisma FAM hari ini. Tuafek juga memberitahu bahawa rayuan yang dikemukakan oleh pihak JDT juga tidak berasas kerana sebarang keputusan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan adalah muktamad. "Tidak kira apa juga alasan yang diberi sama ada keputusan pengadil buat, itu bukan bidang kuasa jawatankuasa tatatertib, kami tak boleh mengambil kira sikap pengadil kerana itu bidang kuasa jawatankuasa pengadil. "Meskipun pihak JDT memberitahu alasan punca Aidil mengasari pemain Lions XII, tapi kami tak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah hukuman outomatik, jadi saya ingin jelaskan Aidil tidak akan dapat beraksi di pentas final menentang Kelantan Sabtu ini," ujarnya. Keputusan FAM tersebut menyebabkan Aidil bakal terlepas aksi akhir menentang Kelantan, Sabtu ini selepas dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan ke atas pemain Lions XII, Irwan Shah dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1. - SINAR HARIAN |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan