Aidil Zafuan - Google Blog Search |
<b>Aidil Zafuan</b> - Saya Tak Sayang Rita Lagi - Gua.com.my Posted: 24 Feb 2013 09:26 PM PST Gambar: Arkib GUA "Saya sudah tidak sayangkan dia lagi," ujar pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika menjawab soalan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor sama ada dia masih menyayangi pelakon Rita Rudaini atau tidak. Aidil berkata demikian ketika kes prosiding permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi. Walau bagaimanapun, prosiding tersebut terpaksa ditunda ekoran Rita tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang dibuat oleh suaminya. Ini kerana pelakon drama 'Sehangat Asmara' ini mengakui masih menyayangi Aidil dan ingin mengetahui sebab jejaka berusia 26 tahun itu ingin bercerai. "Selagi dia masih suami saya, saya tetap sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya," ujar Rita dalam nada sebak. Sehubungan itu, Rita yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Md Zain memohon untuk berbincang semula dengan suaminya itu melalui satu jawatankuasa pendamai. Mahkamah kemudian memutuskan agar satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pasangan suami isteri ini untuk berbincang. Difahamkan proses tersebut bakal diadakan pada 8 Mac depan dengan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan jika masih belum menemui jalan penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dilakukan. Pergolakan rumahtangga Rita dan Aidil mula tercetus sejak lebih setahun lalu dan kes mereka masih tergantung walaupun sudah kerap kali naik turun mahkamah. Sebelum ini, Aidil pernah membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling namun permohonannya itu ditolak. Pemain pasukan Johor Darul Takzim ini nekad mahu bercerai kerana melihat tiada lagi keserasian antara mereka. Aidil juga enggan meneruskan lagi perbicaraan tentang hal rumahtangga mereka memandangkan kes mereka sudah banyak kali dibincangkan di mahkamah dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Aidil dan Rita bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan