Jumaat, 15 Mac 2013

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Bakal Lafaz Cerai Rita Rudaini 25 Februari Ini <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 06:56 AM PST

Pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan di'laporkan ada memfailkan permohonan cerai yang di'jangka bakal menjadi hari yang penting buat beliau & isterinya ketika ini, Rita Rudaini.

Memetik laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

"Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema," ujar Rita Rudaini.

Aktress ini mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.

Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.

"Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah"

<b>Aidil Zafuan</b> Nafi Bakal Kahwin Zarema, Tuduhan Rita Rudaini <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 06:24 PM PST

Hujung minggu lalu, Rita Rudaini tampil dalam sebuah akhbar mendakwa yang suami'nya, Aidil Zafuan bakal berkahwin lain selepas menceraikan dirinya pada 25 Februari ini.

BACA: Rita Rudaini Bakal Cerai 25 Februari, Aidil Zafuan Kahwin Lain?

Hari ini, melalui Berita Harian pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu telah tampil menafikan tuduhan tidak berasas yang di'lemparkan isterinya baru baru ini.

"Saya mengaku saya mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita konon'nya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami ada berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi"

"Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa," tambah Aidil Zafuan.

Aidil Zafuan juga pelik kenapa isterinya itu tidak bertanya sendiri kepada dirinya tentang hal ini & menganggap Rita Rudaini sengaja menimbulkan isu menjelang sebutan kes cerai di mahkamah Isnin ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved