Sabtu, 2 Februari 2013

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Bengang! Mahu Nazmi Faiz Bersihkan Namanya

Posted: 29 Jan 2013 05:30 AM PST

Posted by Azrul Zakuan Tuesday, 29 January 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Aidil Zafuan Bengang! Mahu Nazmi Faiz Bersihkan Namanya | 29 Jan – Pemain bola sepak kebangsaan dan suami kepada aktres Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak sekali lagi terpalit kontroversi apabila bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd Nazmi Faiz Mansor menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Dipetik dari mStar, Aidil Zafuan menuntut pemain bola berusia 19 tahun itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tuduhan tersebut.

Tuduhan Mohd Nazmi itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, mengatakan Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan gadis tersebut malah sanggup memberi wang RM1,000 untuk berbelanja. Namun kira-kira jam 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi bertindak memadamkan komen-komennya yang telah dimuat naik.

Tindakan Mohd Nazmi didakwa memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan dengan kemelut rumah tangga dengan isterinya itu.

"Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, kini timbul pula hal baru yang tidak benar.

"Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf kerana tuduhannya itu," ujar Aidil Zafuan ketika dihubungi. 

Pemain bola berusia 25 tahun ini memberitahu dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal bagi mendapatkan penjelasan mengapa dia memuat naik status tersebut.

Mohd Nazmi menjelaskan tindakannya itu kerana begitu marahkan bekas kekasih dan juga terlalu mendengar kata rakan-rakan mengenai hal berkenaan sehingga tidak memikirkan kesan selepas itu.

"Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya terkena pada saya. Maklumlah dia darah muda.

"Saya cuma mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan," ujar Aidil Zafuan yang menegaskan tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi itu.

Sementara itu Tengku Fiella memberitahu Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta agar semua pihak tidak mengambil serius kenyataannya itu.

"Jangan ambil serius apa yang ditulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di Portugal," katanya seperti dipetik daripada laporan sebuah portal hiburan tempatan.

Terbaru, Mohd Nazmi telah mohon maaf dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan.

"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tida berkaitan apa-apa."

Walaubagaimanapun isteri Aidil Zafuan nampaknya tidak terkejut dan memberitahu lali dengan kisah-kisah begini tentang suaminya.

"Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta. Biarkanlah dia dengan cara hidupnya.

"Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," ujar Rita seperti dipetik dari Utusan Malaysia.

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Kontroversi, Fuh Panas, Fuh Sukan

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Aidil Zafuan Bengang! Mahu Nazmi Faiz Bersihkan Namanya
Ditulis oleh Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/01/aidil-zafuan-bengang-mahu-nazmi-faiz.html. Fuh!! Harap maklom .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved