Isnin, 1 Oktober 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Aidil Zafuan</b> gagal dapat hak temu anak

Posted: 25 Sep 2012 11:17 PM PDT

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar telah menolak permohonan yang dibuat oleh pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak bertemu serta bermalam bersama dua anaknya selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita Rudaini Mokhtar.

Menurut laporan daripada Bernama, Aidil, 24, hadir bersama peguamnya turut diarahkan membayar RM3,000 kepada Rita,36, sebagai kos mahkamah.

Terdahulu Aidil selaku plaintif telah menfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas. Bagaimanapun Rita melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain telah mengemukakan bantahan atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Mohd Zaidi yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bantahan yang dibuat anak guamnya itu adalah berhubung alamat rumah plaintif dimana Aidil menggunakan alamat rumah yang diduduki Rita iaitu di Damansara sedangkan dia mengakui sudah tidak tinggal disitu lagi sejak Januari lalu.

Sementara itu, Rita meluahkan rasa bersyukur selepas mendengar keputusan mahkamah itu.

"Jika Aidil beritahu saya dia nak jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

Aidil & Zaquan: <b>Aidil Zafuan</b> Gagal Dapat Hak Bermalam Dengan <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 11:16 PM PDT

26 September 2012
SHAH ALAM, 26 SEPT 2012: Pemain bola sepak ATM, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak semalam gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Aidil Zafuan, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan isterinya Rita, 36.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aidil juga telah diarahkan hakim untuk membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkmah.
Pemain pertahanan kebangsaan itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Aidil Zafuan selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai "locus standi" atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Ini kerana, Aidil Zafuan membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Rita yang ditemui media selepas prosiding melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
"Alhamdulillah, syukur sangat kerana kebenaran terbukti. Saya tidak takut kerana saya tidak buat salah. Saya benarkan Aidil jumpa anak. Selepas tiga bulan dia menghilangkan diri, Aidil ada datang dan bertemu dengan anak empat kali," katanya.
Rita Rudaini dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved