Khamis, 27 September 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


<b>Aidil Zafuan</b> Kalah, Rita Rudaini Dapat Hak Penjagaan Anak <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 08:10 PM PDT

Sehari terlambat, bukan bermaksud kami tak berminat. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada pelakon, Rita Rudaini kerana akhirnya berjaya membuktikan yang dirinya benar.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa permohonan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan kedua anak (hadanah) hasil perkongsian bersama Rita Rudaini , dibatalkan. Faktor utama permohonan Aidil Zafuan ditolak adalah kerana pemain bolasepak ini gagal membuktikan dan memberikan alamat khusus samada dia menetap di Subang Jaya atau tidak.

"Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif." – Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar

Aidil turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos kepada Rita sebanyak RM3,000.

Menurut peguam syarie yang mewakili Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, bantahan awal anak guamnya terhadap Aidil adalah disebabkan isu tempat tinggal. Rita memberitahu kepadanya bahawa Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah mereka di Damansara ketika memfailkan hak penjagaan anak sedangkan pada ketika itu, Aidil sudah meninggalkan rumah.

Apa yang pasti, Rita Rudaini benar-benar gembira dan memanjatkan rasa bersyukurnya pada Tuhan selesai sahaja perbicaraan mereka mengenai tuntutan hadanah oleh Aidil Zafuan, semalam.

"Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kebenaran telah terbukti."

Untuk pengetahuan, Rita & Aidil dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Sumber : Sinar Harian

Penggempur Mutiara: Panas!!! Belumpun Sah Bercerai, <b>Aidil Zafuan</b> <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2012 05:00 AM PDT

Sebenarnya gossip ini timbul pada hari pertama Aidilfitri yang lalu, namun sehingga hari ini masih tiada kenyataan dari kedua dua pihak yang di'sebut dalam gossip ini.

Menerusi ruangan gossip Harian Metro Ahad lalu, Aidil Zafuan kini di'katakan sedang hangat bercinta dengan aktress Jue Aziz walaupun masih bergelar suami orang.

Aidil Zafuan yang tinggal berasingan dengan isteri, Rita Rudaini kini sedang dalam proses perbicaraan kes penceraian mereka di'mahkamah yang tidak kunjung selesai.

Menurut gossip tersebut, hubungan Aidil Zafuan dan Jue Aziz begitu akrab dan seolah olah sedang asyik bercinta walaupun mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum.

Ada krew produksi yang pernah terserempak mereka berdua keluar bersama & lebih menarik, Jue Aziz di'kenalkan kepada Aidil Zafuan oleh adik ipar beliau, Ayu Raudhah.

Agak melampau sebenarnya peranan yang di'mainkan oleh Ayu Raudhah jika benar mereka berdua kini sedang asyik bercinta sedangkan si lelaki masih bergelar suami orang. Isk.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved