Aidil Zafuan - Google Blog Search |
- (GOSIP)<b>Aidil Zafuan</b> Dan Jue Aziz Dikatakan Bercinta? |
- Jue Aziz Sangkal Jalin Hubungan Dengan <b>Aidil Zafuan</b> – Perak Today
- RITA RUDAINI KENA UGUT <b>AIDIL ZAFUAN</b>
(GOSIP)<b>Aidil Zafuan</b> Dan Jue Aziz Dikatakan Bercinta? | Posted: 21 Aug 2012 05:20 AM PDT Ahad yang lepas, walaupun di Hari Raya yang pertama, Abang Nara tidak melupai tabiat membeli suratkhabar untuk membaca perkembangan terbaru dunia selebriti tempatan. Dalam banyak-banyak cerita yang dikongsikan, Abang Nara terkejut dengan tulisan CAK di dalam Harian Metro Ahad tentang Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta. Menurut CAK, Aidil dan Jue telah diperkenalkan menerusi adik ipar Aidil iaitu Ayu Raudhah. Abang Nara quote sikit tulisan CAK untuk tatapan anda semua.
Berat jugak kalau apa yang ditulis oleh CAK ini benar. Kes mahkamah Aidil dan Rita pun masih belum tamat lagi. Kalau dah tamat baru nak bercinta barulah kiranya molek jugak. Apa-apa pun diharapkan Aidil atau Jue tampil untuk membuat kenyataan mengenai tulisan CAK ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Jue Aziz Sangkal Jalin Hubungan Dengan <b>Aidil Zafuan</b> – Perak Today Posted: 24 Aug 2012 03:07 AM PDT Pelakon Jue Aziz menerusi akhbar Kosmo! semalam, menegaskan yang dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga kini masih suami kepada pelakon Rita Rudaini. Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa. "Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk," ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini. "Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu." Menariknya, Jue Aziz mendakwa yang dia tahu gossip ini timbul angkara siapa kerana ianya turut melibatkan nama pelakon Ayu Raudhah. Jue juga menuntut bukti daripada individu yang menyebarkan gosip tersebut. "Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah," tambahnya lagi. - mD |
RITA RUDAINI KENA UGUT <b>AIDIL ZAFUAN</b> Posted: 12 Aug 2012 07:31 PM PDT Rita Rudaini di ugut Aidil Zafuan Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad Rita dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut "Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad) "Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara," kata Rita pada Ahad Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan |
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan