Khamis, 21 Jun 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Rita Rudaini terkejut <b>Aidil Zafuan</b> tidak hadir di mahkamah - Tupai

Posted: 18 Jun 2012 08:42 PM PDT


Dramatis Rita Rudaini Mokthar terkejut apabila suaminya yang merupakan pemain bola, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Isnin pagi bagi sebutan semula kes nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukakan oleh suaminya itu, seperti dipetik daripada mStar.

"Saya mendapat kekuatan untuk turun naik mahkamah apabila kes sering tertangguh kerana yakin Allah memberi kekuatan kepada saya dan juga keluarga. Saya sanggup melalui semua ini dengan tempoh masa yang lama demi anak-anak.

"Saya pun hairan mengapa Aidil tidak muncul di mahkamah tanpa memberikan sebarang alasan," ujar aktres berusia 36 tahun ini.

Sebelum itu mahkamah dimaklumkan oleh peguam syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari yang memohon untuk menangguhkan kes tersebut pada jam 12 tengah hari Isnin.

Walaubagaimanapun peguam syarie defendan, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain tidak menerima sebarang surat untuk memaklumkan penangguhan tersebut dan seterusnya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan nusyuz yang dituntut oleh plaintif.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhamad kemudiannya menetapkan 9 Julai akan datang bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan bantahan berkenaan.


Pada 16 Mei lalu, Aidil yang merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menarik balik permohonan cerai atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil turut mahu Rita dan anak-anaknya berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah tajaan ATM yang didiaminya di USJ 1, Subang Jaya.

Pasangan yang sering dilanda kemelut rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka ini lantaran tidak mendapat restu keluarga telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Dalam perkembangan lain, aktres "Ameera" ini baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada 3 Jun lalu bersama-sama 30 ahli keluarga serta anak lelaki sulungnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved