Jumaat, 13 April 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Rita Rudaini Terima SMS Cerai <b>Aidil</b>

Posted: 11 Apr 2012 02:00 AM PDT

Rita Rudaini terima SMS cerai Aidil omg.. Kami sedikit sedih bila Rita Rudaini maklumkan terima sms cerai dari Aidil Zafuan.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," – Rita

Ikuti dibawah. Setelah 4 bulan Aidil keluar rumah tak kembali ke pangkuan anak bini, kini Rita Rudaini terima SMS cerai daripada Aidil Zafuan.

Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita Rudaini dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk "membawa lari" Aidil Zafuan dari rumah berkenaan.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Rita Rudaini Terima SMS Cerai Aidil, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

Rita Rudaini bercerai dengan <b>Aidil Zafuan</b>? ~ Gossip Artis Malaysia <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 04:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terpapar kisah bergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dimuka hadapan Utusan Malaysia pagi ini. Aidil Zafuan telah kemukakan fasa untuk bercerai dengan Isterinya Rita Rudaini. Permintaan ini bersama hari ulangtahun ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved