Aidil Zafuan - Google Blog Search |
- Penceraian - Hadiah <b>Aidil Zafuan</b> Di Ulangtahun Kelahiran Rita <b>...</b>
- <b>Aidil Zafuan</b> minta cerai, Rita Rudaini redha | Minda Hijrah
- Rita Rudaini bercerai dengan <b>Aidil Zafuan</b>? ~ Gossip Artis Malaysia <b>...</b>
Penceraian - Hadiah <b>Aidil Zafuan</b> Di Ulangtahun Kelahiran Rita <b>...</b> Posted: 11 Apr 2012 01:28 AM PDT Hantar ke Twitter! | Share Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Rita Rudiani yang ke 36 tahun. Sudah tentu akan dibanjiri dengan hadiah-hadiah istimewa. Tetapi cukup sedih apabila antara hadiah istimewa itu, terselit satu SMS penceraian daripada suaminya, Aidil Zafuan 25 tahun, yang sudah empat bulan keluar dan menghilangkan diri dari rumah mereka.
Kemelut kemelut inilah yang dihadapi oleh Rita Rudaini rentetan kisah pergolakan rumahtangganya bersama Aidil Zafuan.
Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya. Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu Aidil berpindah dari rumah berkenaan. Itulah kisahnya. Anda boleh baca artikel-artikel kami di bawah untuk mengikuti kisah mereka sebelum ini. Wallahualam. Apapun semuga jodoh mereka masih panjang dan kembali berdamai demi kedua-dua anak mereka yang masih kecil. Tabahlah Rita dan berdoa Allah turunkan seribu hikmah dan kebaikkan untuk Aidil dan Rita sekeluarga. OH ARTIS: RUMAHTANGGA MEMANG TAK AKAN AMAN KALAU RAMAI YANG IKUT MASUK CAMPUR!! KADANG YANG BOLEH JERNIH TERUS KERUH. |
<b>Aidil Zafuan</b> minta cerai, Rita Rudaini redha | Minda Hijrah Posted: 11 Apr 2012 08:59 AM PDT HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin. Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka. Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai. "Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah dan terima ia dengan redha. "Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya," katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yang ke-36, hari ini. Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu. Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu. "Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin. "Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah. "Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini," katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui. Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang. "Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha," katanya. |
Rita Rudaini bercerai dengan <b>Aidil Zafuan</b>? ~ Gossip Artis Malaysia <b>...</b> Posted: 11 Apr 2012 04:54 AM PDT Terpapar kisah bergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dimuka hadapan Utusan Malaysia pagi ini. Aidil Zafuan telah kemukakan fasa untuk bercerai dengan Isterinya Rita Rudaini. Permintaan ini bersama hari ulangtahun kelahiran Rita yang ke 36 semalam. Pergolakkan ini bermula dengan Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter ,Aisil Zaquan pula dikatakan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini dan anak mereka, menurut cerita Rita,Aidil menurut kata telunjuk adik kembar dan isterinya untuk keluar rumah sehingga ke hari ini.
|
You are subscribed to email updates from Aidil Zafuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan