Jumaat, 9 Mac 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


Suami Rita Rudaini, <b>Aidil Zafuan</b> Keluar Dari Rumah | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2012 06:35 AM PST

Kongsi di FB

rita rudaini zafuan aidil Suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Keluar Dari Rumah

Terkejut dengan berita dari Pelakon Rita Rudaini yang dikhabarkan sedang melalui saat getir rumahtangganya bersama Aidil Zafuan. Memang sebelum ini heboh dengan kisah Rita dan adik iparnya, Zakuan bergaduh dalam laman twitter dan menyebabkan perkara itu menjadi besar sekali.

Terbaru, Rita Rudaini kini 'ditinggalkan' oleh suaminya yang keluar dari rumah sejak seminggu yang lepas. Kejadian itu berlaku apabila Rita bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

"Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,"

Menurut Rita lagi, selepas sahaja dia pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur 10 januari lalu, dia mendapati semua pakaian, kereta dan Motorsikal kepunyaan Aidil sudah tiada.

Rita juga tidak menafikan yang mereka pernah bergaduh kecil apabila Rita menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar semasa berada di Majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Itulah keluhan dari Rita. Yang paling menyedihkan apabila kenyataan Rita mengenai orang luar yang sanggup campur tangan dalam usaha 'meruntuhkan' rumahtangga Rita. Terfikir juga, ada betulnya kata-kata dari Rita sebab Aidil sudah mempunyai keluarga sendiri dan tanggungjawabnya bukan kecil.

"Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu "membawa lari" Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,"

Menurut Rita lagi, hubungan antara dirinya dan mertua masih baik dan tidak ada sebarang masalah.

Bersabarlah Rita, orang yang menghancurkan dan menjadi batu api akan menerima balasan.

Incoming search terms:

lg share en Suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Keluar Dari Rumah

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved