Ahad, 5 Februari 2012

Aidil Zafuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Aidil Zafuan - Google Blog Search


[Terbakor Hiburan] <b>Aidil Zafuan</b> tinggalkan rumah, Rita Rudaini <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 06:03 PM PST

 

Aidil Zafuan tinggalkan rumah, Rita pasrah

Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bukan lagi rahsia. Malah sudah bertahun banyak cerita terkeluar dalam media membabitkan mereka. Asalnya, masalah rumahtangga mereka berpunca daripada hubungan yang tidak direstu keluarga Aidil. Rita dan Aidil nekad berkahwin secara rahsia. Apabila semuanya terbongkar, satu persatu dugaan melanda mereka.

Sebelum ini, lebih kurang tahun lepas rasanya, badai melanda rumahtangga Aidil dan Rita buat pertama kali, mereka hampir bercerai namun jodoh mereka masih panjang dan hubungan Rita dengan ibu mertuanya sudah bertambah baik. Tapi baru baru ni, timbul satu lagi cerita panas tentang Rita. Rita dan iparnya, (kembar suaminya) Zaquan Adha yang juga merupakan suami kepada Ayu Raudhah berperang di Twitter. Masing masing memberikan kata kata sinis sesama mereka. 

Terbaru. Aidil Zafuan dikatakan meninggalkan rumah secara tiba tiba. Bagi Rita, dia menerima apa saja keputusan yang suaminya berikan. Katanya, dia sudah biasa hidup berdikari dan keutamannya kali ini adalah anak anak. 

 Cocoaphilia coklat paling sedap!   

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

  Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil!  

[Terbakor Hiburan] Aidil Zafuan tinggalkan rumah, Rita Rudaini tunggu keputusan suami

Rita Rudaini tunggu penjelasan Aidil Zafuan, sudah beri peluang pertama

Jelas Rita, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari Kangar, Perlis kerana melawat kedua ibu bapanya, dia terkejut apabila mendapati Aidil sudah meninggal­kan rumah membawa bersama pakaian dan barangan peribadi.

"Saya tidak pasti punca sebenar kenapa dia mengambil tindakan sedemikian, sedangkan setahu saya segala apa kehendaknya selama ini saya patuhi. hendak kata saya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya, tidak juga. Perkara itu sudah diberitahu lebih awal. 

"Sebelum ini ke mana saja saya pergi, pasti akan dimaklumkan kepadanya, waima membawa anak-anak untuk membeli barang keperluan rumah. Sebagai isteri, saya tahu tanggungjawab saya. 

"Dia suami dan saya isteri. Tempat isteri di sisi suami dan begitulah sebaliknya, tetapi sekiranya suami sendiri mengambil tindakan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa memberitahu sebab dan puncanya, saya jadi keliru.
Tiada sebarang pesanan ditinggalkan membabitkan tindakannya," katanya. 

Rita kini masih menunggu penjelasan suami membabitkan tindakan dibuat dan apa juga perkara mahu diambil selepas ini. Katanya, apakah maknanya sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dia adalah pelindung dirinya dan juga anak-anak.

"Perkara sama berlaku sewaktu rumah tangga kami bergolak pertama kali sebelum ini. Namun atas nasihat ramai, dia mengambil keputusan untuk melupakan segala masalah berlaku. Apatah lagi hubungan saya dengan ibu bapa mentua semakin baik.

"Dulu dia merayu kepada saya agar memberikannya peluang. Namun apabila meninggalkan rumah sekali lagi tanpa memberitahu masalah dan puncanya dan tidak membincangkan perkara yang dianggap masalah bagi pihak­nya, ia tidak adil. 

"Kalau pertama kali, saya faham tetapi sekarang kami sudah mempunyai dua anak. 
Ada masalah bawalah berbincang dan bukannya lari dan tinggalkan saya dan anak-anak terpinga-pinga," katanya.

Tegas Rita, dia sudah penat untuk berhadapan dengan masalah ini, apatah lagi sepanjang lapan bulan selepas berbaik, dia masih memikul tanggungjawab yang sama seperti sebelum ini termasuklah menguruskan sebahagian besar keperluan anak-anak. Katanya, dia bersedia mengikut apa saja tindakan yang mahu diambil Aidil.

Anak anak Rita Rudaini jadi keutamaan

"Apabila bergelar ibu, diri saya sudah tidak penting sebaliknya kebahagiaan anak-anak keutamaan saya. Memang kerja penat tetapi apabila pulang dan lihat Ryan dan Arjuna tersenyum, saya rasa puas," katanya.

Rita juga tidak bimbang dengan tindakan diambil Aidil kerana selama ini dia sudah biasa hidup berdikari dengan mencari pendapatan sendiri. Katanya, sejak berusia 18 tahun lagi, sewaktu datang ke Kuala Lumpur dan belajar di kolej, Rita hidup sendiri. Begitu juga apabila setiap kali Aidil tiada, Rita melakukan segalanya sendiri. 

"Saya langsung tidak terasa jang­gal dan sudah terbiasa hingga sekarang. Bagi saya, apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mengajar saya menjadi lebih kuat terutama untuk anak-anak.

"Saya percaya Allah memberikan ujian ini untuk menjadikan kita manusia lebih tabah. Saya reda dengan apa yang bakal berlaku," katanya.

sumber maklumat : Berita Metro @ Harian Metro Online

 Selak Raja Lawak 6, the best!  

  Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah?  

  Buat income di Twitter tanpa modal!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Aidil Zafuan Fans Blog

Copyright 2010 All Rights Reserved